Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sedih Sikit Tak Dapat Cakap Bye Dekat Yas” - Kes Penceraian Zarina Anjoulie  Kini Selesai!

Hanafis Haris 10/02/2021 | 05:50 MYT
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah akui sedih apabila berjumpa dengan bekas suaminya ketika hadir di Mahkamah Sendayan, hari ini.

Difahamkan, kehadiran mereka bagi menyelesaikan kes penceraian berkaitan rumah tangga yang dibina hampir satu tahun.

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, kes penceraian tersebut berjalan lancar apabila kedua-dua pihak memberi kerjasama.

“Alhamdullilah semua dah selesai dan berjalan dengan lancar. Terima kasih pada ya juga semua everything went smoothly .

“Terima kasih juga kepada netizen yang sentiasa mesej Anju bagi kata-kata semangat.

“Anju sayang dan hargai anda semua,” katanya.

Jelas Anju, apa yang perlu dilakukannya ketika ini adalah meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat Yas tadi,” katanya.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Terdahulu, Anju mencetuskan kebimbangan netizen apabila membuat satu kenyataan di Instagram dipercayai mengenai status terkini perkahwinannya.

Anju kemudian mengesahkan yang dia kini sudah pun bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas.

BACA: Kongsi Foto Pakai Busana Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bergelar Isteri?

Dalam pada itu juga, Anju pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.

BACA : Selepas Setahun Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Bercerai - "Kami Sudah Tak Sehaluan"

#cerai #Zarina Anjoulie #Anju #Yas
;