BERITA

Sekali Lafaz, Bella Dally Sah Bergelar Isteri Arif Izuddin

Rozaimi Zubaidi 31/03/2019 | 03:41 MYT
Pelakon Bella Dally telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin dengan sekali lafaz sebentar tadi.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan kira-kira pukul 9.30 pagi yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.
Arif menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella pada majlis yang berlangsung di Putrajaya.
Rombongan meminang Bella diadakan di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.
Bella atau Nabilah Ali Dally, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.
#pelakon #Berkahwin #Pelakon #Bellah Dally