Terkini
"Sekarang Ramai Suka Saya" - 'Falah' Buat Zahiril Adzim Puas, Tersenyum Terima Respons Positif Peminat 'Andai Tiada Dia'
Kerana melakonkan watak Falah dalam drama rantaian popular 'Andai Tiada Dia', pelakon Zahiril Adzim mampu tersenyum puas apabila watak itu disenangi semua penonton dengan maklum balas positif.
BERITA BERKAITAN: “Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!
BERITA BERKAITAN: Alami ‘Acrophobia’, Zahiril Adzim Boleh Pengsan Bila Berada Di Tempat Tinggi - “Saya Akan Mula Rasa Berpinar, Visual Jadi Gelap…”
Katanya, watak Falah itu juga turut memberi kesan dalam dunia realitinya secara tidak langsung.
"Alhamdulillah. Itu yang boleh saya katakan. Saya gembira sebenarnya dengan respon peminat dan penonton drama ini. Semua suka dan menyenangi watak Falah.
"Ramai orang turut suka saya dalam dunia realiti saya secara tak langsung. Berbanding sebelum ini kalau kita bawa watak antagonis komennya pula mesti berbaur kecaman dan orang akan terbawa-bawa benci saya dalam dunia realiti.
"Jadi sekarang ramai suka saya," katanya kepada Gempak.
Kata Zahiril, drama ‘Andai Tiada Dia’ banyak memberi kesedaran untuk dirinya.
Walaupun watak Falah dilihat nampak bersahaja, namun kehidupan watak itu banyak menyampaikan mesej disebalik drama berkenaan.
"Watak Falah ini mungkin nampak relaks tapi watak ini banyak bagi pengajaran dan peringatan untuk saya.
"Kita semua perlu ingat, kita ini bukan sentiasa sihat dan bukan sentiasa gembira. Ada masa satu hari pasti kita diuji.
"Itu yang terjadi dengan Falah dan itu juga yang terjadi pada diri kita semua. Jadi ambil pengajaran dalam drama itu. Banyak sebenarnya nasihat dan ilmu kehidupan yang ada dalam 'Andai Tiada Dia'," tambahnya.
Watak Falah Dalam 'Andai Tiada Dia' yang dilakonkan oleh Zahiril merupakan seorang lelaki yang sentiasa hadir membantu Suri (Ummi Nazeera) ketika dia menghadapi kesusahan.
Falah muncul dalam kehidupan Suri di saat jatuh bangun Suri sekali gus mengisi kekosongan Suri yang ditinggalkan Haikal.
'Andai Tiada Dia' sebuah kisah mengenai konflik alam perkahwinan, mengetengahkan isu-isu melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga dalam melayari alam perkahwinan mereka.
Drama bersiri ini telah pun bersiaran sejak 21 Oktober lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan bakal melabuhkan tirai akhir pada minggu ini.
Penceritaan drama penuh emosi suka duka menerusi 36 episod ini adalah hasil sentuhan pengarah Riza Baharudin. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeeera,Mimi Lana dan Zahiril Adzim.
Must-Watch Video