HIBURAN
Seksi Amelia Henderson Ikut Keadaan
Sering memuat naik foto bernampilan seksi di laman Instagram, pelakon Amelia Henderson acap kali mendapat kritikan negatif netizen.
Mempunyai pendapat tersendiri mengenai perkara terbabit, pelakon drama bersiri Cinta Non Grata ini menegaskan penampilan yang dibawanya mengikut kesesuaian tempat dan acara.
"Pada saya, semuanya terpulang kepada keadaan. Sudah tentunya saya memahami dan menghormati semua pihak, jadi saya akan bertindak mengikut kesesuaian tempat serta acara.
"Bagi saya, masing-masing mempunyai pilihan tersendiri. Apa yang penting, saya akan memakai busana yang secocok dengan keadaan sesebuah acara," katanya.
Amelia ditemui di majlis pelancaran Rexona Whitening Fresh Rose Launch di The Grounds, Petaling Jaya baru-baru ini.
Tambah Amelia, dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu mengikut telunjuk orang lain.
"Saya percaya, kita semua mempunyai pilihan dan berhak menentukan busana apa yang mahu digayakan.
"Lagipun saya baru sahaja berusia 23 tahun... Mungkin ada yang lupa saya masih muda.
"Ini kehidupan saya, saya enggan menurut kemahuan orang lain. Saya kena hidup untuk diri saya dan ingin menjadi diri sendiri," katanya lagi.
Must-Watch Video