Laman Utama

“Selagi Saya Rasa Buat Benda Betul…” - Influencer Berhijab Dikritik Sebab Minat Menari Dekat Media Sosial?

Izwan Isa
12/05/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Selagi Saya Rasa Buat Benda Betul…” - Influencer Berhijab Dikritik Sebab Minat Menari Dekat Media Sosial?
Nama selebriti media sosial, Sabrina Azhar kembali menjadi bualan netizen apabila temu bualnya bersama sebuah agensi berita antarabangsa viral di media sosial.
Menerusi video temu bual berkenaan, Sabrina bercerita bagaimana dia sering mendapat kutukan dan hate comments daripada netizen kerana minatnya terhadap tarian.
“Bagi saya, selagi saya rasa saya buat benda yang betul, saya tak cederakan sesiapa, dan saya rasa ia tidak menjadi masalah.
“Bila mereka fikirkan tentang hijab, mereka berpendapat, ‘Oh, kamu mesti menutup diri kamu, kamu harus bersembunyi, kamu tidak boleh berbangga dengan diri sendiri dan kamu tidak berasa yakin.’
“Saya berasa yakin mengenakan tudung, saya sukakannya tetapi saya juga suka menari dan saya cantumkan keduanya,” katanya menerusi temu bual berkenaan.
Menerusi ruangan balasan di Twitter, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan kenyataan Sabrina.
“Saya tidak membencinya, tetapi kenyataannya seakan kurang tepat. Apa yang bertentangan dengan hukum adalah selamanya salah, tidak kira berapa banyak dunia telah berubah. Perubahan dunia tidak mengubah hukum hakam.”
“Kamu boleh tampil yakin dengan hijab tanpa perlu menggelek punggung dan menunjukkan bentuk tubuh kepada dunia.”
“Saya tak kisah jika kamu ingin menari, buatlah, ia bukan masalah saya… tetapi berhentilah memberi kenyataan tanpa asas mengenai Islam.”
“Belajar lebih lagi tentang apa yang agama larang. Kenyataan kamu boleh buatkan orang fikir menari dan berkongsi di media sosial adalah okey tetapi sebenarnya tidak. Kamu boleh menari dan rakam tetapi hanya untuk diri kamu."
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar