Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Selagi Tak Nampak Sosok Badan, Bentuk Paha & Betis” - Suami Jadi Penapis Pemilihan Pakaian Neelofa

Asyikin Mayudin 21/09/2023 | 06:50 MYT

Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa menjelaskan dia akan mendapatkan kebenaran suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail dari segi pemilihan pemakaian setiap sebelum keluar rumah.

Menurut Neelofa, dia juga sentiasa akan memastikan pemakaiannya yang dipilih tidak menampakkan susuk tubuhnya.
“Setiap kali saya keluar rumah, saya akan dapat ‘green light’ dari suami. Kalau ada yang dia tegur macam ‘singkat di belakang ini’, jadi saya akan tukar. Kalau suami saya kata okay, saya keluarlah.
“Selagi tak nampak sosok tubuh, bentuk paha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay,” kata Neelofa kepada Gempak.
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu kolaborasi Disney X Naelofa yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Bertanya mengenai keterbukaannya menerima kecaman tanpa putus dari orang ramai, Neelofa tetap tersenyum dan mengambil setiap teguran secara positif.
“Kalau awak tutup mata saja pun, orang tetap akan kecam juga. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan macam-macam lagi. Kita cuba yang terbaik untuk jadi lebih baik, kalau orang nampak kekurangan dan kesilapan, dan tegur dengan baik, alhamdullillah.
“Kita pun banyak benda nak belajar lagi. Alhamdullillah saya pun ada pasangan yang sentiasa bantu saya,” katanya.
Terdahulu, Neelofa ditegur netizen selepas video memperlihatkan dirinya berpakaian kurang sesuai dengan imejnya berpurdah yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini tular.
BACA: Bilal Bakal Sekolah! Tapi Neelofa Luah Rasa Kecewa Sebab…​

#Neelofa #PU Riz
;