Laman Utama

Bilal Bakal Sekolah! Tapi Neelofa Luah Rasa Kecewa Sebab…

Asyikin Mayudin
14/09/2023
00:50 MYT
Putera sulung kepada pasangan selebriti terkenal Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal bakal mula pra persekolahan pada minggu hadapan.
Bagaimanapun, Neelofa meluahkan rasa kecewa apabila pihak pengurusan sekolah yang dipilih untuk anaknya tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah.
“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak.
“Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa.
“Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk menghantar Bilal tidak membenarkan ibu bapa melihat CCTV mereka,” kongsi Neelofa.
Neelofa turut berkongsi artikel yang mengatakan kamera litar tertutup( CCTV) wajib di pasang di setiap pra sekolah dan ibu bapa mempunyai hak untuk memohon melihat rakaman.
Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 dan Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.
BACA SINI: "Jangan Salah Faham..."- Bayi Yang Tular Bukan Anak Neelofa!
BACA SINI: Bilal Dah Dapat Adik! Neelofa Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ - “Semoga Kami Mampu Menjadi Ibu Bapa Yang Baik”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

"Sebagai Anak Saya Tentu Bangga" - Syarikat Bapa PU Riz Tersenarai 500 Syarikat Terbaik Malaysia

gempak
16/07/2024
18:27 MYT
Syarikat agensi pekerjaan AP Ukhwah Sdn Bhd melakar sejarah tersendiri apabila meraih Top 500 Customer Certification Trusty Brand Award pada Majlis Tindakan Pengguna Negara
Hiburan

Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

gempak
16/07/2024
07:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
Hiburan

Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

gempak
15/07/2024
11:55 MYT
Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melahirkan rasa syukur apabila impian untuk membuka kedai pertama mereka iaitu Nunha Store tercapai.