Laman Utama

Selain Bariatrik, Ramai Nak Kurus Guna Ozempic Tapi Ini Natijahnya

Maliah Surip
26/07/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Selain Bariatrik, Ramai Nak Kurus Guna Ozempic Tapi Ini Natijahnya
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang selalu dilakukan sebagai usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan Ozempic.
Ozempic adalah sejenis ubat yang digunakan oleh pesakit kencing manis namun kebelakangan ini ia disalahguna oleh golongan yang obses mahu kurus dengan cara tanpa bersenam.
Kerana populariti dan ‘kepercayaan’ Ozempic boleh membantu kurus dengan kadar cepat ramai yang menggunakannya di seluruh dunia.
Namun beberapa pengguna kaedah ini yang sudah mengambil Ozempic mendedahkan kesan buruk terhadap pengambilan bahan tersebut ke dalam tubuh.
Wanita dengan nama Joanie Knight memberitahu CNN, dia menyesal kerana telah terpengaruh dengan pengambilan Ozempic.
“Saya harap tidak pernah mengambil atau mendengarnya seumur hidup,” kata wanita berusia 37 tahun tersebut.
Dia menambah: “Ubat itu (Ozempic) membuat hidup saya seperti dalam neraka. Membuang banyak duit dan langsung tidak berbaloi!”dedahnya lagi.
Seorang lagi wanita iaitu Brenda Allen, 42, juga berasa menyesal selepas mengambil sejenis ubat dengan nama Wegovy untuk menurunkan berat badan.
“Walaupun sudah setahun tidak menyentuhnya saya masih berdepan masalah kesihatan. Saya mengalami muntah yang teruk sehingga dehidrasi.
Pengalaman yang sama dilalui oleh seorang guru dari Toronto,Emily Wrigt, 38.
Dia yang mengambil Ozempic sejak tahun 2018 dan pernah kehilangan berkilogram berat badan dalam masa setahun berkata kini mula mengalami kesan sampingan daripada penggunaan tersebut.
“Saya sudah tidak menyentuh Ozempic selama hampir tahun tapi saya tidak boleh kembali menjalani hidup normal,” katanya yang kerap muntah dan mengalami kekejangan perut sehingga menganggu aktiviti harian.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar