VIRAL
"Selama Ini Saya Sorokkan Identiti Anak Perempuan Saya" - Bongkar Kisah Sebenar, Jasmin Hamid Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang!
Pelakon Jasmin Hamid bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus membuli anak perempuannya dengan panggilan tidak sepatutnya di media sosial.
Jelas Jasmin, hatinya terguris apabila membaca kata-kata berbaur hinaan terhadap anak perempuannya itu.
"Lepas ini saya akan ambil tindakan undang-undang! Kali ini saya bangkit, hati-hati bully cyber! Too much.
"Saya tak menyangka topik pasal anak perempuan saya jadi perbualan di media sosial.
"Saya sebagai seorang ibu pastinya akan terguris bila anak yang tak berdosa berulang kali dihina oleh manusia yang berhati hitam.
"Apatah lagi anak yang dihina itu adalah seorang anak yatim. Pastinya saya akan bangkit dan membela nasib anak yatim ini," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Jasmin akui selama ini dia menyembunyikan identiti sebenar anak perempuannya itu yang dijaga sejak berusia empat tahun.
"Selama ini saya sorokkan identiti sebenar anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia sebagai anak saya sendiri dunia dan akhirat walaupun saya tidak melahirkan dia.
"Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya, pasti kamu akan menangis
"Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih berdiam kerana tiada unsur-unsur mencela. Dia adalah amanah Allah kepada keluarga saya," tambahnya.
Tular sebelum ini apabila Jasmin memuat naik keluhan hatinya terhadap individu yang mengejek anaknya dengan panggilan 'bapok'.
Lebih menyedihkan apabila individu yang sering melemparkan kata-kata sedemikian terdiri daripada wanita berhijab.
"Jika masih ada yang berkelakuan begini dan tak belajar lagi dari kesilapan orang lain, saya akan ambil tindakan undang-undang! Jangan jadi orang yang muflis di akhirat kelak," tegasnya.
Must-Watch Video