Laman Utama

Selamat Bernikah Dengan Datuk Ahmad Asraf, Intan Najuwa Terima Wang Hantaran RM222K

Syafiqah Jalal
18/08/2023
11:34 MYT
Sponsor Banner
Selamat Bernikah Dengan Datuk Ahmad Asraf, Intan Najuwa Terima Wang Hantaran RM222K
Pelakon popular, Intan Najuwa melenyapkan spekulasi apabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, telah selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru.
Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000. Angka 2 menjadi pilihan sebagai lambang tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dan juga Dato Mohd Asraf.
Pelakon drama bersiri Jesnita itu menzahirkan rasa syukur dan juga mengucapkan jutaan terima kasih buat semua tetamu yang hadir pada hari bahagianya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.
"Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang.
"Intan juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Intan sehingga hari ini," kata pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu.
Segala persiapan telah pun berlangsung selama sebulan dan pemilihan tarikh 18 Ogos ini merupakan tarikh yang signifikan kerana ianya juga adalah tanggal kelahiran Intan Najuwa.
Majlis yang dikemudikan oleh pihak Rimbunan Events & Whitebox ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat,selebriti dan juga pihak media.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Nora Danish bersama suami, Elvina Mohamad, Janna Nick dan suami Dini Schatzman.
Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru,malam esok.
Dalam majlis itu juga , kedua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM40,000 bagi sesi pernikahan dan Teh Firdaus bagi bersanding dan acara potong kek dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Dato Alha Alfa.
Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Intan mengikat tali pertunangan bersama seorang individu berstatus Datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor.
Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan terputus di tengah jalan disebabkan tiada persefahaman
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024