Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

“Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka” - Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Ditendang’ Tiba-Tiba

Mya Amri 19/12/2024 | 01:55 MYT
Pempengaruh yang kini dilanda kontroversi, Kim Seri mendedahkan restoran makanan Korea halal sebesar tiga tingkat di Myeondong, Seoul kini bukan lagi miliknya.

Dakwa 'ditendang' tiba-tiba
Menerusi perkongsian di Insta Story, Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina memaklumkan dia sudah ‘ditendang’ keluar daripada Kim Seri Restaurant yang diusahakannya di Korea sejak Jun 2023.

“Allah tahu siapa yang berusaha keras mendapatkan kedai ini dulu dari owner. Allah tahu penat lelah kita memulakannya.

“Berbulan mendraft rangka dan hias reka. Hari ni kita di'kick' tiba-tiba. Kejam ya dunia perniagaan. Selamat datang ke dunia muka-muka,” tulisnya.
Seri memberikan respon itu susulan terdapat kenyataan seorang individu yang mengatakan dia bukan lagi pemilik restoran itu dan meminta orang ramai untuk tidak menyerang WhatsApp restoran berkenaan.
Seri turut berkongsi tangkap layar kenyataan individu tersebut di Insta Story miliknya.

Kejayaan dimiliki hanya pinjaman
Dalam hantaran lain, Seri juga mengatakan apa yang pernah dimilikinya satu ketika dahulu adalah pinjaman ketika namanya sedang meningkat naik.

"Selamat tinggal @kimseri_restaurant. Pernah ia menjadi kemanisan rezekiku, kini ia tinggal pengalaman dan cerita tangisku.

“Ku simpan di highlight sebagai simbolik buku yang akan ku tatap sebagai kisah ‘Myeongdong Class' ku suatu ketika dulu.
“Segalanya hanya pinjaman ketika nama mu dipuji dan di atas,” tulisnya.
Terdahulu, tular di laman sosial video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri apabila dia bersama rombongan tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan kerana tiada tiket penerbangan seperti dijanjikan pempengaruh berkenaan.

BERITA TRENDING: Kecoh Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Kim Seri Mohon Maaf - "Semua Tunggakan Akan Dibayar Sebelum Atau pada 1 Februari 2025"

BERITA TRENDING: Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

Wanita itu mendakwa sudah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tiada dalam rekod namun dapat pulang ke tanah air dengan bantuan seorang individu.
Seri bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.
Malah dia juga memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.

BERITA TRENDING:Tertipu Pakej Travel Ke Korea Selatan TikToker Popular, 10 Pelanggan Buat Laporan Polis - "Kami Rasa Diperdaya"

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Cuba Bantu Mangsa Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Caprice Dah ‘Contact’ Kim Seri - “Bagi Saya, Dia Ibarat Gali Lubang Baru Untuk…”

#Viral #Korea #Tular #Seoul #Kim Seri #Kim Seri Reataurant #Myeondong
;