Berita
Selebriti Lelaki Lapan Tahun Menagih Ganja
Siasatan polis mendapati selebriti lelaki yang ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, Selangor bersama dua peket lutsinar disyaki ganja sudah lapan tahun menagih.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, soal siasat ke atas lelaki terbabit mendapati dia terbabit dalam penagihan dadah sejak lapan tahun lalu.
"Serbuan dijalankan di rumah teres itu yang juga kediaman didudukinya.
"Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro pada Isnin.
Norhizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selebriti itu yang pernah menyertai rancangan realiti televisyen direman lima hari bermula semalam.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan selebriti lelaki ditahan di sebuah rumah teres bersama dua peket lutsinar disyaki ganja.
Dia ditahan selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang membuat serbuan pada jam 3.10 petang dan menahan suspek berusia 41 tahun itu.
BERITA TRENDING: Buat Konten Dengan Anak Perempuan, Netizen Kagum Lihat Wajah Awet Muda Hisyam Hamid - “Macam Adik Beradik”
BERITA TRENDING: Sudah Ada Kekasih, Syarul Ezani Mahu Tamatkan Zaman Bujang Tahun Hadapan - "Hal Baik Elok Disegerakan"
BERITA TRENDING: GMW Giveaway: Maliq & D'Essentials' "Can Machines Fall In Love" Album Tour Live in KL
BERITA TRENDING: Afiq Rahim Tak Tolak Jika Ada Cooking Show Bersama Adikfoods - “Segmen Anak Beranak Seronok, Boleh Dengar Celoteh Mama”
Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadahtetrahydrocannabinol (THC).
Sumber: Harian Metro