Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

Maliah Surip
11/09/2024
13:45 MYT
Sponsor Banner
Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.

BERITA TRENDING: Selena Gomez Kini Bilionair, Miliki Nilai Kekayaan Sebanyak ...

Pesohor Hollywood itu mengaku ingin mempunyai anak sendiri. Bagaimanapun kerana berdepan masalah kesihatan, Gomez dijangka tidak mampu melahirkan zuriatnya sendiri.
“Saya tidak pernah mendedahkan ini. Tapi saya tidak boleh hamil atau mengandungkan anak sendiri,” dedahnya kepada Vanity Fair.
Gomez mendakwa dua jenis ubat yang diambil kerana gangguan masalah kesihatan mental Bipolar sebagai penyebab dirinya tidak boleh hamil.
Oleh yang demikian penyanyi berusia 32 tahun itu perlu menjalani kaedah ibu tumpang atau mengambil anak angkat untuk memenuhi impiannya.
“Impian saya sama seperti wanita atau ibu lain yang teringin mempunyai anak.
“Tapi mempunyai banyak masalah kesihatan dan tidak mahu merisikokan diri atau bakal anak saya.
“Jadi jika tidak dapat memperoleh anak menerusi kaedah ibu tumpang, saya akan mengambil anak angkat. Salah satu daripada cara ini yang saya fikirkan,” lanjut Gomez.

BERITA TRENDING: Netizen Persoal Puak Kutuk Teman Lelaki Selena Gomez Hodoh - “ Mostly Perempuan Tak Pandang Rupa, Kami Pandang….”

Kekasih Benny Blanco ini malah mengaku tidak peduli jika hanya memiliki anak angkat atau anaknya dikandungkan oleh wanita lain.
“Kerana pada akhirnya anak itu akan menjadi anak saya,” katanya lagi.
Terdahulu Gomez mendedahkan menderita penyakit lupus sejak 2015 sebelum mengaku menderita bipolar bermula tahun 2020.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Sokong Apa-Apa" - Selena Gomez Nak Padam Akaun Instagram?

BERITA TRENDING: Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024