Viral

Selepas 13 Tahun, Lelaki Jepun Ini Tetap Setia Cari Isteri Yang Hilang Semasa Tsunami - “Saya Sentiasa Fikir Dia Mungkin Berada Di Kawasan…”

Mya Amri
16/06/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Selepas 13 Tahun, Lelaki Jepun Ini Tetap Setia Cari Isteri Yang Hilang Semasa Tsunami - “Saya Sentiasa Fikir Dia Mungkin Berada Di Kawasan…”
Walaupun sudah hampir 13 tahun berlalu namun kesetiaan seorang suami bernama Yasuo Takamatsu masih kekal mencari isterinya yang hilang.

Setiap minggu tak putus asa menyelam mencari isteri

Kehilangan isteri tersayang sewaktu tsunami membadai bandar Onagawa di Miyagi, Jepun pada tahun 2011 cukup meninggalkan kesan buat dirinya.
Malah setiap minggu dia akan memakai pakaian selam skuba dan turun ke dalam lautan untuk mencari mayat isterinya iaitu Yuko.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Tuntut Apa-Apa Sebab Harta Paling Berharga Adalah Anak-Anak” - Bella Astillah

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Pada Bella - “Sebab Dia Ibu Kandung”

BERITA TRENDING: “Syukur Semuanya Selesai” - Ibu Bella Astillah

BERITA TRENDING: Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid - Bella Astillah

BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai

Mesej terakhir isteri

Difahamkan ketika kejadian berlaku, Yuko berada di tempat kerjanya di sebuah bank sebelum tsunami melanda.
Sebuah telefon ditemui di tempat letak kereta bank tersebut terdapat mesej terakhir isteri yang dihantar kepadanya.

“Awak okay? Saya mahu pulang ke rumah."

Manakala satu lagi mesej yang tidak sempat dihantar menunjukkan ketakutan yang dialami oleh isterinya.
"Tsunami adalah bencana,”

Belajar menyelam untuk mencari isteri

Selama dua tahun setengah Takamatsu tanpa jemu menerusian pencarian isterinya di darat dengan harapan dapat bertemu kembali.
Namun pada tahun 2013, dia mengambil langkah luar biasa untuk belajar menyelam skuba dan memulakan lembaran baharu dalam mencari Yuko di lautan.
Kini dia masih meneruskan pencarian sambil dibantu oleh seorang tenaga pengajar penyelam iaitu Masayoshi Takahashi.
“Saya belum dapat membiasakan diri dengan keapungan semasa menyelam. Saya perlu menjadi lebih baik untuk mencari isteri saya,” katanya dalam satu temubual menerusi filem pendek The Diver sebelum ini.

Menyelam mencari ketenangan dengan harapan bertemu isteri

Jelas Takamatsu lagi, ketika menyelam di lautan dalam yang luas, dia hanya bertenang dan menyimpan harapan agar dapat membawa isteri tercinta pulang.
"Saya menyelam seolah-olah saya akan bertemu dengannya di suatu tempat. Saya sentiasa berfikir bahawa dia mungkin berada di suatu tempat yang berdekatan.

“Saya mahu mencarinya, tetapi saya juga merasakan bahawa dia mungkin tidak akan ditemui kerana lautan terlalu luas, tetapi saya perlu terus mencari,” ujarnya.

Terdahulu, Tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi besar berukuran 9.1 magnitud pada 11 Mac 2011 adalah yang terburuk dalam sejarah Jepun dan yang keempat paling dahsyat di dunia.
Ia menyebabkan kira-kira 18,000 orang mati dan lebih 2,500 masih hilang, termasuk Yuko.
Kisah Takamatsu itu telah menyentuh hati manusia di seluruh dunia.
Sumber: resonatevoices
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar