Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Selepas Menang kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000, Izzudin Kini Dianugerahkan Cahaya Mata Pertama

Asyraf Roslan 24/09/2024 | 08:44 MYT

Pemain badminton beregu negara, Nur Izzudin Mohd Rumsani selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri Izzudin, Mawar Mutiara menerusi satu hantaran di Instagram.
Mawar memuat naik gambarnya bersama Izzuddin sedang merangkul anak sulung mereka sambil memandang dengan kasih sayang.
Istimewanya lagi, apabila pasangan ini menimang cahaya mata pertama mereka sewaktu ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada 23 September 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."

Hantaran tersebut kini meraih perhatian warganet yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah kepada Izzuddin dan isteri atas kelahiran permata hati mereka itu.
Terdahulu, Izzuddin dan Goh Sze Fei mencipta kejutan apabila menjadi pasangan regu pertama dari Malaysia merangkul gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Kemenangan mereka itu sekali gus menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia bagi muncul juara kategori beregu lelaki pada temasya kejohanan Terbuka China.

#Anak Pertama #Nur Izzudin #Mawar Mutiara
;