Laman Utama

Selepas Sedekad, Bapa Britney Spears Mengalah Lepaskan Hak Penjagaan

Maliah Surip
13/08/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Selepas Sedekad, Bapa Britney Spears Mengalah Lepaskan Hak Penjagaan
Perjuangan bintang pop Britney Spears melepaskan dirinya dari 'cengkaman' penjagaan bapanya, Jamie Spears yang dilantik menjadi conservator atau penjaga bakal berakhir.
Pada Khamis, peguam Britney mengumumkan sang bapa bersetuju untuk melepaskan hak jagaan selama 13 tahun terhadap anak perempuannya itu.
Keputusan itu, kata peguam penyanyi itu lagi sebagai sebuah kemenangan besar buat mereka.
"Kami ingin mengumumkan bahawa Jamie Spears serta peguamnya bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan," katanya.
Sebelum ini Britney memfailkan rayuan kepada Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat yang memohon untuk menyingkirkan bapanya sebagai ‘penjaga’ (conservator).
Pesohor itu mendakwa sepanjang 13 tahun bapanya menjadi penjaga, dirinya telah didera dari segi mental sehingga tidak pernah bahagia dengan kehidupannya.
Dia mengatakan dipaksa mengambil ubatan atau dadah tanpa rela kerana dianggap mengalami masalah gangguan mental sejak 2008 iaitu tahun bapanya menjadi penjaganya.
Selain itu, wanita berusia 39 tahun ini mendakwa dia tidak boleh berkahwin atau melahirkan anak kerana kehidupan peribadinya itu turut dikawal sang bapa.
Sebagai penjaga, Jamie bukan sahaja mengawal kehidupan Britney, tetapi mengawal harta miliknya bernilai sekitar RM254 juta serta aktiviti kariernya.
Jamie bagaimanapun menafikan semua dakwaan yang dibuat Britney.
Biarpun sudah bersedia melepaskan hak jagaan, BBC.com melaporkan hakikatnya Jamie tidak gembira dengan keputusan yang dibuat.
Dia juga dikatakan tidak menyatakan bila akan secara rasmi tidak lagi menjadi conservator Britney namun mengatakan semuanya akan terlaksana apabila berjaya menyelesaikan beberapa perkara.
Kes di antara Britney dengan bapanya telah menjadi sensasi apabila para peminat bintang popular ini menyokong tindakan idola mereka agar tidak terus hidup dikongkong sang bapa.
Mereka melakukan beberapa siri demonstrasi dan menggemakan kempen #FreeBritney.
Kredit Foto: NBC News Instagram: @britneyspears
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar