Hiburan

"Selepas Selesai Siasatan PDRM, Barulah Saya Bersedia Untuk Mengulas Segala Kemelut" - Datuk Sheila Majid

Badrul Hashim
30/11/2020
22:30 MYT
Sponsor Banner
"Selepas Selesai Siasatan PDRM, Barulah Saya Bersedia Untuk Mengulas Segala Kemelut" - Datuk Sheila Majid
Walaupun didesak oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) serta 114 orang ahli Recording Performers Malaysia (RPM) supaya Datuk Sheila Majid selaku pengerusi RPM meletak jawatan, beliau memberitahu akan hanya memberi kenyataan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.
Kontroversi ini timbul sejak seminggu yang lalu apabila Datuk Sheila Majid didesak meletakkan jawatan pengerusi RPM kerana didakwa gagal menyelesaikan isu agihan royalti kepada ahli-ahlinya.
Menurut Sheila yang mula mengetuai RPM sejak 2012, beliau lebih selesa mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM sejak beberapa hari lalu.
Baca: SPRM Serbu Empat Pejabat Badan Pengurusan Royalti Artis
"Saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segala maklumat serta dokumen berkaitan yang diminta, sudah diserahkan.
"Jika ada perkara berbangkit yang menuntut penjelasan lanjut, mereka akan menghubungi saya.
"Sekarang, saya hanya menunggu tindakan lanjut mereka (SPRM). Hanya selepas siasatan selesai, barulah saya bersedia mengulas segala kemelut yang berlaku," katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, industri seni kecoh apabila Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez mendakwa Sheila gagal dalam menjalankan tugas dalam mengagihkan royalti ahli RPM.
Baca: "Kembalikan Hak Kami" - 16 Tahun Jadi Penyanyi, Farahdhiya Dedah Baru Sekali Dapat Duit Royalti
Kemelut itu semakin memuncak apabila SPRM campur tangan dengan menyiasat empat badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan RPM.
Operasi dibuat berdasarkan laporan dikemukakan Freddie yang juga Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.
Dalam satu sidang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, semalam, Freddie berkata dia akan menggunakan saluran tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Sheila enggan melepaskan jawatannya.
Baca: "Kalau Gagal Saya Akan Lompat Dalam Laut...Get Out!" - Freddie Fernandez Nak Jumpa Perdana Menteri Jika Sheila Enggan Letak Jawatan
Kredit Gambar: Instagram Sheila Majid Sumber: BH Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar