Laman Utama

Selepas Semut, Ular Spesis Baru Di Peru Diberi Nama Sempena Harrison Ford

Maliah Surip
16/08/2023
14:51 MYT
Sponsor Banner
Selepas Semut, Ular Spesis Baru Di Peru Diberi Nama Sempena Harrison Ford
Harrison Ford kini punya ‘keluarga baharu’ selepas seekor ular spesis baru yang ditemui di Peru diberi nama sempena menghormati aktor tersebut.
Ular tersebut diberi nama Tachymenoides harrisonfordi sebagai penghormatan buat Ford yang terkenal menjadi aktivis alam sekitar.
Ia ditemui hasil penyelidikan di antara penyelidik dari Peru dan Amerika Syarikat di Taman Nasional Otishi Peru.
Bintang Indiana Jones yang juga merupakan naib presiden organisasi bebas Conservation International menerima pengiktiran tersebut dengan senang hati.
“Para saintis asyik memberi haiwan spesis baru yang ditemui dengan nama saya,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Tachymenoides harrisonfordi diketahui sebagai reptelia yang tidak berbahaya.
Selain ular, saintis juga pernah menamakan semut spesis baru yang ditemui pada tahun 1994 dengan nama Pheidole harrisonfordi.
Setahun sebelumnya, labah-labah yang ditemui di California diberi nama Calponia harrisonfordi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar