Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

Umirah Halim 10/10/2024 | 04:25 MYT

Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).

Ada STD?

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna di Platform X.

“Untuk yang tak tahu minah ni ada STD lagi. Habis la, entah-entah dah berapa ramai berjangkit,” dakwa seorang netizen.

BERITA TRENDING: Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum -

BERITA TRENDING: Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA TRENDING: Nama ‘Harley Quinn’ Dalam Muzik Video Bella Astillah, Sarah Yasmine: “Yes, I Was Harley In His Phone”

Bukan itu sahaja, berikutan kes yang tular ini, pengguna tersebut turut mendakwa pekerja tersebut merupakan adik kepada wanita yang pernah tular gara-gara tidak membayar wang tambang Grab.

“Kalau tak tahu lagi, minah ni orang cakap adik ke kakak minah yang naik grab tak bayar tu.

“Hmm, tu la kantoi pun sebab minah tu sendiri yang post video. Tu kadang aku tekankan. Tu benda yg kantoi, benda yg tak kantoi?

“Semoga kita semua dijauhkan insya-Allah,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pekerja tersebut dilaporkan sudah dibuang kerja selepas gambar dia mencium doh makanan berkenaan menjadi tular.

Malah, dalam satu kenyataan dikeluarkan Auntie Anne’s menyatakan, pihaknya telah membuang pekerja yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

#Netizen #cium #Makanan #Pekerja #auntie annes #doh #std
;