Terkini

Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!

Umirah Halim
29/03/2024
06:00 MYT
Sponsor Banner
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.

Datuk Red jadi model

Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok miliknya, Datuk Red atau nama lengkapnya, Datuk Seri Adnan Abu meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel untuk menjadi model jenamanya.
“Bismillah, terima kasih Datuk Faroz @JAKEL MALL HQ kerana beri peluang dan beri job yang tidak di sangka sangka.
“Semoga Jakel menjadi jenama Melayu muslim yang kaya berjaya.
“Tadi sampai sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semuanya orang kita.
“Bangga ada orang, Melayu macam ni, sangat hebat. Jangan lupa ya support baju Melayu Jakel,” luahnya pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, Datuk Red juga sempat mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan lain yang telah membantu sepanjang proses untuk menghasilkan video itu.
“Terima kasih kepada @ANAS® kerana kenalkan dengan Datuk Feruz dan bagi pinjam selipar masa shoot juga.
“Terima kasih @thelikeyuti kerana siapkan saya.
“Terima kasih saudara Aidid Marcello juga, Semoga Allah balas jasa kalian terhadap saya,” tambahnya lagi.

Netizen Puji

Sementara itu, menjengah reaksi netizen rata-rata mendoakan yang terbaik untuk Datuk Red dalam usaha mencari rezeki dan memuji sikap keprihatinan jenama Jakel itu.
“Masa dia kaya dia tak sombong. Dia tak menunjuk-nunjuk kekayaan dia. Doa yang terbaik buat Dato Red.
“Waktu dia kaya dulu dia takde main tiktok tunjuk kemewahan dia pun. Dan sekarang Allah hantar orang baik-baik untuk bantu dia bangkit semula. Alhamdulillah tahniah pada saudara seislam yang membantu.
“Bagus jakel ni. Teringat nabil cerita masa dia takde job, jakel adakan job untuk nabil. Untuk dato red pun mesti job ni diadakan untuk dato red.
“Dia dah start bangkit, dia tak give up. Mari kita teruskan support dia. Dato, jangan toleh belakang lagi, jalan terus, doa pada Allah moga istiqomah memperbaiki diri.
Saya tak permah shopping raya di Jakel. Tapi tahun ini saya nak beli baju kat Jakel sebab terharu tengok video ini,” komen beberapa netizen.

Datuk Red Minta Job

Sebelum ini kecoh apabila suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu memuatnaik sebuah video yang menunjukkan bahawa dia kini dalam usaha untuk mencari pekerjaan dan meminta bantuan mana-mana pihak sekiranya sudi membantu.
Malah menerusi ruang komen, Datuk Red memberitahu tujuan dia mencari pekerjaan disebabkan mahu mendapatkan wang bagi menyara keluarga dan melunaskan hutang.

Berita Trending: Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”

Berita Trending: “Misi Mencari Rezeki Halal Demi Anak & Bayar Hutang” - Akaun Tiktok Datuk Red Jadi Perhatian Netizen
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar