Berita

Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”

Asyikin Mayudin
15/08/2024
10:36 MYT
Sponsor Banner
Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”
Siasatan kes kematian Allahyarham penyanyi Nidza Afham atau nama sebenarnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.
"Punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.
"Siasatan diteruskan sebagai SDR," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sebelum itu, van yang membawa jenazah Nidza Afham meninggalkan pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada jam 5.04 petang menuju ke Masjid Puncak Alam untuk solat jenazah.
Pada Rabu, mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Klang, kira-kira jam 7.30 malam, Rabu, disahkan adalah Nidza Afham selepas dilaporkan hilang sejak Selasa.
Laporan berhubung kejadian itu dibuat adik mangsa pada jam 4.22 pagi, Rabu yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.
Sumber - Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar