Viral
Selfie Terakhir, Remaja Perempuan Maut Disambar Ombak Di Tepi Tebing
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas dihanyutkan ombak kuat ketika bergambar di tepi tebing di Pantai Semeti, Lombok, Indonesia, sebelum video yang memaparkan insiden tragis itu tular di media sosial.
BERITA TRENDING: Aktres Dihanyut Ombak Sewaktu Aktiviti Yoga di Thailand, Sempat Ambil Foto Pra Perkahwinan
Insiden itu dipercayai berlaku pada 19 Disember lalu ketika mangsa dikenali sebagai, Merlin Septiana, bersama rakan-rakannya mengunjungi pantai berkenaan.Berdasarkan laporan Daily Mail, Merlin ingin bergambar di atas tebing batu di pantai itu sebelum dipukul ombak besar.
Rentetan itu, Merlin terjatuh sebelum cuba menyelamatkan dirinya dengan berpaut pada batu.
Beberapa saat sebelum insiden, gambar Merlin sempat dirakam dan kelihatan mangsa memakai fon kepala.
Sementara rakaman video insiden itu pula menunjukkan penduduk tempatan cuba menyelamatkan Merlin, namun mangsa akhirnya tergelincir dan hilang dibawa arus deras.
BERITA TRENDING: Anak Lelaki Pemain Drum Maut Lemas Diseret Ombak Di Bali
Menurut Ketua Pejabat Pencarian dan Penyelamatan Mataram, Lalu Wahyu Efendi, kejadian itu berlaku sekitar jam 3 petang waktu tempatan.BERITA TRENDING: “Bot Karam Dibadai Ombak 5 Meter, Papan Depan Pecah” - Ya Allah Mangsa Cerita Detik Cemas 7 Jam…
Beliau dilaporkan berkata, rakan Merlin cuba membantu menggunakan beberapa peralatan yang ada di situ antaranya kayu dan joran, namun usaha itu tidak berhasil.“Penduduk tempatan segera menghubungi pihak polis selepas kejadian.
“Pasukan penyelamat dan polis bergegas ke lokasi dan memulakan pencarian di sepanjang pantai. Pada jam 5:13 petang, mereka menemui jasad Merlin,” katanya.
Must-Watch Video