Hiburan

Selsema, Sakit Tekak Punca As’ad Motawh Tak Dapat Menyanyi Dengan Baik

Mya Amri
29/12/2017
06:40 MYT
Sponsor Banner
Selsema, Sakit Tekak Punca As’ad Motawh Tak Dapat Menyanyi Dengan Baik
Penyanyi baru As’ad Motawh berkongsi satu keratan artikel Indonesia yang menjelaskan situasi sebenar selepas dia dikecam kerana gagal menyanyi dengan baik dalam sebuah program di Indonesia baru-baru ini.
As’ad memuat naik keratan artikel tersebut menerusi ‘Insta Story’ miliknya semalam.
Keratan tersebut menjelaskan As’ad berada dalam keadaan tidak sihat sehingga memberi kesan dan menjejaskan suaranya
Dalam pada itu, keratan artikel itu turut memberitahu pendirian As’ad untuk tidak menyentuh wanita bukan muhrim juga mendapat respon negatif dan ‘haters’ menganggap penyanyi itu hanya berpura-pura.
[[BACA: “JANGAN KECAM, PAGI MEMANG SUSAH NAK MENYANYI” – TAJUL PERTAHAN AS’AD MOTAWH]]
Terdahulu, As’ad teruk dikecam netizen selepas gagal menyampaikan lagu berjudul ‘Asal Kau Bahagia’ bersama Arm.
Foto: Instagram @asadmotawh
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar