Laman Utama
Sembang Topik Jijik & Tayang Payudara Ketika IG Live, PU Syed Mohon Netizen Boikot Produk Safiey - "Mereka Mengatakan Kita Hendak Menumpang Populariti ..."
Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur usahawan kosmetik Safiey Illias kerana telah menonjolkan aksi keterlaluan ketika membuat Instagram Live bersama beberapa orang kawan, baru-baru ini.
Menurut PU Syed, tindakan yang dilakukan Safiey itu sudah keterlaluan kerana membincangkan topik-topik yang jijik serta tidak bersesuaian untuk didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama kanak-kanak.
"Saya nak kupas isu mengenai Safiey Illias dan kawan-kawannya. Minta maaf apabila sebut nama ini kita sudah kenal dia agak lantang dan mempertahankan apa yang dilakukan.
"Isu secara live mendedahkan sesuatu yang tak perlu didedahkan. Membincangkan sesuatu yang sangat jijik untuk dibincangkan.
"Malangnya orang-orang seperti ini masih kita simpan. Kita berlembut dengan mereka sedangkan diri sendiri tidak ingin berlembut dengan apa kita sampaikan.
"Ada kalanya dakwah perlu disampai dengan lembut. Tetapi kali ini ketegasan sangat perlu, lebih-lebih lagi daripada pihak yang berkuasa," katanya menerusi sebuah rakaman video.
Dalam pada itu, PU Syed menyeru kepada semua netizen agar berhenti membeli produk keluaran usahawan kontroversi itu bagi membantu golongan tersebut daripada terus hanyut.
Tegasnya lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang kerana teguran sudah diberikan berulang kali namun tidak berhasil.
"Saya seru kepada kerajaan yang memerintah, mereka mendedahkan segala-galanya dan beranggapan mereka berada di pihak yang benar. Ketika mana kita tegur, mereka beranggapan mereka pihak teraniaya dan mereka perlukan sokongan.
"Yang paling pening sekali ada orang yang menyokong mereka ini. Menyokong produk, membeli produk mereka, mengatakan kita doakanlah buat mereka. Mereka mengatakan kita hendak menumpang populariti mereka.
"Siapa yang mengangkat populariti mereka? Tak lain tak bukan iaitu netizen sendiri. Wahai netizen, kamu perlu kenal siapa yang kamu angkat untuk meletakkan mereka di tempat yang tinggi. Sebab takut dia jatuh dan bawa contoh yang sangat buruk kepada masyarakat.
"Kalau rosak akidah, rosak akhlak adalah suatu yang sukar untuk kita berpatah balik dan baiki. Maka, kalian yang mempunyai kuasa dalam undang-undang negara yang mempunyai kuasa, agama kita perlu hentikan perkara ini dan tak boleh bagi kompromi lagi.
"Selamatkan umat Islam di Malaysia, selamatkan nama-nama yang hamba nyatakan tadi. Hamba mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada golongan yang sesat ini," katanya lagi.
Semalam, satu laporan polis telah dibuat terhadap Safiey ekoran sesi Instagram Live bersama dua remaja bawah umur sekitar pukul 2 pagi Rabu.
Pensyarah, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar tampil membuat laporan polis berdasarkan tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia.