Laman Utama

Safiey Illias Buat Live Dengan Remaja Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

gempak
Asraf Aided
09/06/2021
12:03 MYT
Sponsor Banner
Safiey Illias Buat Live Dengan Remaja Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis
Pensyarah, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar tampil membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik, Safiey Illias ekoran sesi Instagram Live bersama dua remaja bawah umur sekitar pukul 2 pagi Rabu.
Menurut Rafidah, laporan tersebut dibuat berdasarkan tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia.
"Laporan polis dibuat ke atas pengguna Instagram SafieyIllias94 yang menjadi host Live Instagram melibatkan 2 kanak-kanak bawah umur.
"Laporan dibuat melibatkan kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 : Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah, Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya menerusi Facebook.
Tindakan itu dirasakan tepat memandangkan ramai pihak yang terlalu bertolak ansur dan memberi muka kepada golongan Instafamous selama ini.
Tegas Rafidah, anak-anak sepatutnya dikawal dan tidak digalakkan mengguna telefon pintar untuk melayari media sosial pada waktu tengah malam sepertimana yang berlaku dalam kes ini.
"Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ini.
"Ibu bapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IG Live sebegini," kongsinya lagi.
Tular sejak awal pagi tadi dua usahawan kosmetik tempatan yang tampil mengadakan sesi siaran langsung di Instagram bersama dua lagi remaja lelaki yang difahamkan masih bawah umur.
Dalam sesi berkenaan, mereka seakan-akan memberi galakan agar kedua-dua remaja berkenaan menari seperti di kelab malam selain didakwa mengajar mereka mengambil bahan terlarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live