Hiburan
“Semoga Dah Masuk Industri Hiburan Ini, Kena Pandai Jaga Diri, Tak Tinggal Solat Dan…” - Ibu Titip Pesanan Buat Fattah Amin
Ibu kepada pelakon Fattah Amin, Azizah Abdul Ghani mengakui pada mulanya dia terkejut apabila mengetahui anaknya menjadi seorang selebriti.
Pandai bawa diri
Menganggap Fattah seorang anak yang baik dan pandai membawa diri, Azizah memberitahu ada juga ahli keluarganya yang lain menceburi bidang seni juga.
"Dia anak yang baik, dia tidak nakal dan pandai membawa dirinya sendiri. Mula-mula tahu Fattah jadi artis memang rasa terkejut.
“Dulu kalau boleh tak payahlah (jadi artis). Ada juga pangkat sepupu dan bapak saudara yang menjadi artis,” katanya menerusi temu bual di TikTok.
Titip doa
Dalam pada itu, ibu aktor berkenaan turut menitipkan doa kepada Fattah supaya menjaga nama baik keluarga.
"Ibu doakan along (Fattah) semoga dah masuk industri hiburan ini kena pandai menjaga diri, solat tidak tinggal, jaga nama baik keluarga,” ucapnya.
Pada perkongsian yang sama, Azizah turut berkongsi menu masakannya yang menjadi kegemaran aktor tersebut.
Sambal Udang
Azizah mendedahkan Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, amat menyukai sambal udang.
"Masakan saya yang paling dia suka adalah sambal udang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Luang Masa Bersama Fatima, Netizen Kagum Lihat Sifat Kebapaan Fattah Amin - “Kalau Nak Tahu Lelaki Yang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah
ARTIKEL BERKAITAN: 'Duda Hot' Fattah Amin Masih Dominasi Carta GMW!
Sementara itu, adik bongsu kepada Fattah berkongsi peribadi aktor berkenaan seorang yang tegas apabila bersama adik-beradik.
"Along seorang yang cool, sewaktu adik-adik masih kecil dia sangat tegas dengan kami. Biasalah anak sulungkan, memang kena tegas sikit.
"Saya mendoakan along menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat, amin,” ujarnya.
undefined