Hiburan
"Semoga Rayqal Menjadi Anak Soleh..." - Nora Danish Layangkan Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Anak!
Pelakon cantik Nora Danish menyambut hari lahir anak pertamanya, Putera Rayqal yang kini berusia 11 tahun.
Mendedikasikan ucapan istimewa, Nora memuat naik kompilasi foto Rayqal menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram.
"7 Januari 2020. Hari ini hari jadi Abang Qal. Akhirnya dah berusia 11 tahun. Dari pandangan mata mommy, Rayqal akan sentiasa menjadi anak kecil yang mommy sayang dan kagumi.
"Selamat hari jadi sayang. Mommy doakan semoga Rayqal menjadi anak yang soleh, dunia akhirat. I love u Qarlito," tulis Nora.
Pelakon cantik yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini juga bakal mengadakan sambutan hari lahir anaknya bersama rakan-rakan sekolah pada Sabtu ini.
"Okay mommy akan merancang sambutan hari jadi dengan rakan-rakan sekolah Rayqal pada Sabtu ini, seperti yang diminta. (Bila dah besar nak dengan kawan-kawan je! Jadi, semua ibu bapa, siap sedialah," seloroh Nora.
Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan pertama Nora dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Kini, Nora bahagia di samping suami, Nedim Nazri dan mereka dikurniakan seorang anak, Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney.