Hiburan

“Senang Nak Balik Kampung & Pergi Kerja” - Amir Ahnaf Syukur Hasrat Miliki Kereta Tercapai, Pernah Trauma Kemalangan Motosikal

Mya Amri
04/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Senang Nak Balik Kampung & Pergi Kerja” - Amir Ahnaf Syukur Hasrat Miliki Kereta Tercapai, Pernah Trauma Kemalangan Motosikal
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Amir Ahnaf bersyukur apabila hasratnya untuk memiliki sebuah kenderaan akhirnya tercapai.

Hasrat miliki kereta tercapai

Menurut Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, sebelum ini dia hanya memiliki motosikal dan pernah mengalami kemalangan sehingga membuatkan dirinya trauma.

“Saya dah lama dah simpan hasrat untuk beli kereta sebab sebelum ini kalau pergi set penggambaran pun susah sebab tak ada kenderaan, saya hanya ada motor sahaja.

“Bercakap pasal motor pula saya pernah kemalangan semasa perjalanan pergi kerja menaiki moto jadi kejadian itu meninggalkan kesan trauma yang besar pada saya bila naik motosikal. Pada ketika itu saya tak ada kereta lagi,” katanya kepada Gempak.
Amir berkata demikian ketika dtemui sejurus tamat sesi podcast bersama radio Gegar pada Isnin.

Senang untuk bekerja

Mengulas mengenai kereta baharu jenis Triton 4×4 jenama Mitsubishi berwarna hitam itu, Amir berkata dia sememangnya menyukai kenderaan yang memiliki ruang yang luas dibahagian belakang.

“Alhamdulillah, kini saya sudah ada sebuah kereta jadi senanglah untuk saya bergerak ke set penggambaran atau nak pergi mana-mana.

“Nak bawak adik-adik pergi makan ke atau balik kampung pun senang.

“Saya pilih 4x4 sebab memudahkan, saya suka bawa barang banyak-banyak dekat belakang dan kalau kereta biasa bonet dia agak kecil jadi bila ada 4x4 senang, boleh pergi off road dan juga pantai,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Usia 24 Tahun, Amir Ahnaf Dah Miliki Kereta 4x4, Ramai Usik Kahar - “Bechik Boleh Banggakan Ayoh Lepas Ni"

Terdahulu, Amir atau terkenal dengan karakter Kahar ini perhatian netizen selepas sepotong video merakamkan dirinya berada di sebuah pusat pameran kereta baru-baru ini.
Rata-ratanya mengucap tahniah kepada Amir kerana berjaya memiliki kereta idaman dengan hasil kerja kerasnya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betul Sumpah, Basah Habis” - Pengarah Dedah Amir Ahnaf Menangis Lepas Baca Skrip Filem Kahar: Kapla High Council

Selain itu, Amir juga tular kerana lakonannya dalam Kahar: Kapla High Council meraih pujian bahkan filem arahan Razaisyam Rashid itu juga mencatat kutipan RM4.2 juta dalam tempoh empat hari tayangan rasmi.
Untuk info, filem ini bukan sekadar memaparkan babak aksi yang mendebarkan, malah mesej yang diselitkan seperti pentingnya institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang turut meninggalkan kesan kepada penonton.
Jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Council pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Saksikan Kahar: Kapla High Council yang kini di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, manakala Singapura pada 5 Disember.

Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Fikir Kenapa Tidak…” - Aedy Ashraf Diberi Kepercayaan Jadi ‘Action Producer’ Kahar: Kapla High Council

ARTIKEL BERKAITAN:REVIU: Manifesto Kahar: Kapla High Council, Sisi Hitam Seorang Protagonis

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”

Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024