Laman Utama

“Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan Play Victim

Mya Amri
02/12/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan Play Victim
Lagi pendedahan dikemukan oleh seorang individu digelar Cikgu Wan yang dipercayai merupakan abang ipar kepada isteri kedua Alif Teega, Fatin Umaidah.
Pendedahan kali ini adalah berkenaan sikap Fatin yang didakwa sengaja menularkan gambar dan juga voice note tular sebelum ini dengan tujuan untuk membuat isteri pertama Alif, Aisyah Hijanah berada dalam keadaan tertekan.
“Fatin sampai hari ni play victim kononnya dia insan yang teraniaya. Doa makbul lah kononnya. Tak payah perasan.
“Bukan aku tak boleh baca orang orang spesis kau ni akan putar belit cerita. Macam mana gambar kau dan voice note kau boleh tersebar di umum sedangkan hanya kau sorang je yang simpan gambar dan voice note dalam hp kau.
“Lepas tu bila dah kecoh, kau bagitau abang kau yang HP kena hack. Eh, kau ingat orang dalam Malaysia ni ada kepandaian nak hack hp orang.
“Lagi pula benda-benda tu keluar ketika Alif dan Aisyah pergi bercuti ke Langkawi dan PD. Nampak sangat kau sengaja membocorkan video tu untuk memberi tekanan pada Aisyah secara tak langsung,” dedahnya menerusi hantaran di platform TikTok.
Dalam pada itu, Cikgu Wan juga menyatakan Aisyah merupakan seorang wanita yang bijak mengendalikan kontroversi berkaitan dengan suaminya.
Namun senyuman dan kegembiraan Aisyah itu mampu membuatkan Fatin sakit hati sehingga wanita itu tertekan.
“Kau orang tahu tak? Yang Aisyah pun bijak. Dia buat kehidupan, doa macam biasa. Sambil-sambil Alif tegang buat video pula macam sweet dan post.
“Ingat dak ikan patin tu tak sakit hati ke. Tahlah, duduk kat rumah tak ada buat apa apa. Buka FB dan TikTok je kena hentam kiri kanan atas bawah.
“Lagi lah dia tension tengok si Aisyah. Senyuman Aisyah mampu menyakitkan hati Fatin. Jadi aku nasihatkan teruskan Aisyah,” tulisnya.
Baca pendedahan penuh cikgu Wan di bawah:
Terdahulu, Alif Teega sekali lagi mendapat perhatian apabila seorang individu menunjukkan rekod perubatan yang didakwa kepunyaan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah di Platform X.
Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat rekod tersebut menerangkan Aisyah membuat aduan didera oleh Alif pada 9 November lalu.
BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
BERITA TRENDING: Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju Adik Kahwin Dengan Alif Teega
Rekod itu turut mendakwa Alif memegang tangan kanan Aisyah dengan kasar dan menolaknya ke lantai.
Selain itu, rekod itu juga menyatakan Alif melempang Aisyah pada bahagian kiri kepala dan telinga.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar