Berita

Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara

Gempak
21/05/2024
11:43 MYT
Sponsor Banner
Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara
Seorang maut dan beberapa orang lagi cedera dalam sebuah penerbangan Singapore Airlines dari London yang dilanda gelora udara.

Bawa 211 Penumpang & 18 Anak Kapal

Boeing 777-300ER ke Singapura telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan (08:00 GMT).
Penerbangan SQ 321 membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal, kata Singapore Airlines dalam satu kenyataan.

“Singapore Airlines mengucapkan takziah kepada keluarga simati,” katanya.

Syarikat penerbangan itu menambah, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang, dan sedang menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan.
Pihak berkuasa Thailand telah menghantar ambulans dan pasukan kecemasan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat berkata kerajaan akan memberikan bantuan kepada penumpang dan keluarga mereka.
"Saya sangat sedih mengetahui nahas pesawat Singapore Airlines SQ321 dari London Heathrow ke Singapura," tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Namun setakat ini tidak jelas apa yang berlaku dalam penerbangan tersebut kerana sitausi itu jarang menimbulkan kebimbangan.
Singapore Airlines berkata, syarikat itu akan mengemas kini perkembangan kejadian itu melalui Facebook dan platform X.
Sumber - BBC
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar