Hiburan

Fahrin Ahmad Menangis, Luah Rasa Rindu Terhadap Arwah Ibu - “Saya Sampai Ke Hari Ini…”

Asyikin Mayudin
05/02/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Fahrin Ahmad Menangis, Luah Rasa Rindu Terhadap Arwah Ibu - “Saya Sampai Ke Hari Ini…”
Tular video memperlihatkan pelakon Fahrin Ahmad tidak dapat menahan sebak selepas membaca surat daripada isterinya, Elena Hani Eleas ketika sedang mengendali sebuah program secara langsung baru-baru ini.

Surat cinta

Menerusi surat tersebut, isterinya meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang bertanggungjawab selain mengimbau detik arwah ibu pelakon itu meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 Tahun Dalam Industri, Fahrin Ahmad Tak Kisah Belum Terima Anugerah - “Syukur Masih Relevan…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Dapat Banyak DM Bertanya Tentang ..." - Fahrin Ahmad

"Paling saya tak boleh lupa apabila arwah ibu pergi meninggalkan kita, awak sangat-sangat sedih dan saya tak pernah nampak awak menangis sampai begitu.

"Hari seterusnya awak kembali jalani penggambaran walaupun produksi beri awak cuti untuk rehat, awak beritahu saya, awak tak mahu menyusahkan orang lain.

"Saya terkejut awak masih boleh melangkah keluar kerja tersenyum dan menyimpan kesedihan hati.
"Masya-Allah, awak sangat kuat. Semoga Allah berikan segala rezeki terbaik untuk awak dunia akhirat," tulisnya.

Rindu arwah ibu

Apa yang membuatkan Fahrin menangis ketika dia meluahkan rasa kerinduan terhadap arwah ibunya yang meninggal dunia pada September 2023.

"Saya sampai ke hari ini, saya rindu mak saya," katanya.

Video tersebut meraih perhatian netizen yang turut meluahkan rasa sebak melihat tangisan Fahrin.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024