"Seorang Penganggur Berkepala Botak & Naik Kereta Kancil" - Fadzil Zahari Kongsi Kisah Percintaan Bersama Yana Samsudin
Rozaimi Zubaidi
13/02/2019
|
08:01 MYT
Adik kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari mengakui bersyukur apabila mendapat seorang isteri yang sanggup bersusah bersama dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil telah memuat naik foto bersama isterinya, Yana Samsudin berserta ucapan ulang tahun perkahwinan keempat mereka.
"Sat ja rasanya, hari ni genap dah 4 tahun kita kahwin, Allah dah tunai hampir segala permintaan kita, Ya Allah ada lagi yang nak mintak ni huhu, anak kembar, tahun ni yang sihat sempurna insyaAllah.
"Teringat lagi 5-6 tahun dulu kami pun bukan semudah ini, jalan yang di lalui penuh dugaan & ujian. Walaupun keluarga semua dah ok, tapi ada juga pihak yang tak setuju kita berkawan, depa hasut cakap i takda masa depan, akan ganggu masa depan u.
"Thank You sayang u buat bodoh ja apa depa cakap, u terima I nak berkawan dengan u dulu, masa i takda apa-apa, seorang penganggur yang berkepala botak, naik kereta kancil subsidi dari mama & abah.
"Sampai sekarang kita sama-sama bina @prokuyastudios @ayanahijab @yanasupercookies @foodchannel.my dan janji Allah tu benar, niat ja nak kahwin masa tu, rezeki datang melimpah ruah. Tak tersangka sangka. Bila dapat anak pulak lagi melimpah ruah rezekinya.
"Yang mana rasa ragu ragu nak kahwin takut tak cukup duit nak bagi anak isteri makan, niat dulu nak kahwin kerana Allah. Pastu hang tengok la macamana Allah mudahkan urusan hang.
"Happy 4th Wedding Anniversary @yanasamsudin love u so much. @aisymateen doa kuat-kuat kasi dapat adik kembar huhu. Amin amin ya rabb," tulisnya.
Fadzil dan Yana berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.