Laman Utama

Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?

Syafiqah Jalal
17/05/2022
14:48 MYT
Sponsor Banner
Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?
Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.
Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Selasa:
#1 “Bukan Mudah Tapi…”- Ellie Suriaty & Azri Iskandar Sah Cerai
Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar pada jam 9.34 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Menurut Ellie, dia dan bekas suami yang mendirikan rumah tangga selama 19 tahun itu akui sebak dan mengalirkan air mata selepas lafaz cerai berkenaan dibuat.
#2 "Ya, Saya Dah Ceraikan Ellie" - Azri Iskandar
Pelakon Azri Iskandar mengesahkan sudah menceraikan isterinya yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada Selasa.
Kata Azri, perpisahan itu disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.
#3 “Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Selepas rapper, MK K-Clique, penyanyi Sufian Suhaimi pula dikatakan telah membuat ramai gadis patah hati apabila tular video dia sedang ‘dating’ dengan seorang wanita.
Video berkenaan dirakam sendiri oleh peminatnya yang berada di restoran yang sama tempat Sufian dan gadis itu makan bersama.
#4 “Tidur 1 Jam Je Malam…”- Selepas 7 Hari Mira Filzah Kongsi Nama Anak & Pengalaman Jadi Ibu Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar memberikan nama kepada anak mereka sebagai Wan Khair Amir.
Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memperkenalkan nama berkenaan dalam satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya.
#5 Ibu Dedah Neelofa Takut Lipas
"Kalau nak tahu, Love (Neelofa) ni takut lipas!" demikian pendedahan Datin Noor Kartini mengenai anak perempuannya yang juga selebriti ternama, Noor Neelofa.
Berkongsi lanjut menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini, kongsi Kartini lagi, Neelofa seorang individu yang manja dan penyanyang, sesuai dengan nama panggilannya, Love.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar