Selepas rapper, MK K-Clique, penyanyi Sufian Suhaimi pula dikatakan telah membuat ramai gadis patah hati apabila tular video dia sedang ‘dating’ dengan seorang wanita.

Video berkenaan dirakam sendiri oleh peminatnya yang berada di restoran yang sama tempat Sufian dan gadis itu makan bersama.

Peminat itu yang menggunakan nama akaun @izzhaelmi itu memuat naik video berkenaan di TikTok dan dalam kapsyennya bertanya dengan siapa Sufian makan.

“Makan dengan siapa tu? Terima kasih..apapun awak memang sporting and cool. Semoga terus menyanyi dan hasilkan lagu-lagu yang fresh dan berkualiti,”tulisnya.

Menerusi video berkenaan, Sufian dilihat tersenyum mesra sambil menatap wajah wanita di hadapannya.

Peminat lelaki pemilik video berkenaan itu turut mengabadikan gambar swafoto bersama Sufian dipercayai di luar restoran berkenaan.

Video itu mendapat lebih 23k tanda suka serta 354 komen di TikTok.

Sementara itu menerusi akaun Instagram Sufian, penyanyi Di Mata Mu itu telah memuat naik fotonya di meja makan bersama dengan kapsyen “Tolong jangan rakam”.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata telah menyerang di bahagian komen dan tidak kurangnya yang kecewa bila penyanyi kesayangan mereka sudah ada kekasih hati.

“Untunglah dah bahagia sekarang…Selamat tinggal kekasih gelap,” komen salah seorang pengikutnya.

“Ni la yang dating dekat penang tu,” perli salah seorang netizen.

“Pergi dating dengan someone special ke tuee,” tanya salah seorang warga maya.

@izzhaelmi @sufiansuhaimi__ makan dengan siapa tu??? terima kasih..apapun awak memang sporting and cool. Semoga terus menyanyi dan hasilkan lagu-lagu yang fresh dan berkualiti #sufiansuhaimi #terasaadasentiasaada #fyp ♬ Terasa Ada - Sufian Suhaimi

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_)