Gaya Hidup

Seram & Mendebarkan – Ini 4 Rumah Yang Anda Wajib Masuk Dalam Sunway Lagoon Nights of Fright 7

Azwa Rahman
09/10/2019
11:08 MYT
Sponsor Banner
Seram & Mendebarkan – Ini 4 Rumah Yang Anda Wajib Masuk Dalam Sunway Lagoon Nights of Fright 7
Nights of Fright 7 (NOF 7) kembali untuk menghantui hidup anda. Peminat rumah hantu dan menyeramkan jangan lepaskan peluang untuk merasai ketakutan yang maksima kali ini.
Uniknya tahun ini, NOF 7 menampilkan 8 rumah berhantu, 1 teater berhantu, 2 ruangan seram dan 2 pertunjukan pentas.
Berlangsung daripada 4 Oktober hingga 3 November 2019, ini empat rumah yang wajib anda masuk!
1. BLOOD SHED
Peminat filem SAW atau Wolf Creek wajib masuk ke rumah ganas ini tanpa menutup mata! Diinspirasikan daripada filem ganas tersebut, Blood Shed akan membawa pengunjung memasuki ke rumah terbiar yang dipercayai ada ramai yang terperangkap, diseksa dan dibiarkan mati.
2. HORRORJUKU IN UV3D
Rumah fesyen ini cukup indah pada permulaannya. Dihias sama seperti daerah Harajuku di Jepun, anda bakal dikejutkan dengan elemen gotik daripada pereka fesyen Itali, Giorgio Angoscia.
3. HOTEL dEVILle
Hotel terbiar ini bakal membuatkan pengunjung berasa seperti tidak keseorangan. Daripada hotel, ia berubah menjadi rumah penyembelihan! Pastikan anda tidak tertinggal sendirian di dalam atau, anda bakal jadi mangsa seterusnya.
4. HOUSE OF VOODOO
Hati-hati dengan syaitan yang berada di dalam rumah ini. Rumah ini merupakan muzium yang mengumpulkan semua elemen kejahatan yang tidak sabar untuk meragut jiwa anda.
NOF 7 bermula daripada jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, setiap Jumaat hingga Ahad. Dapatkan tiket anda di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar