Laman Utama
Sering Tayang Gambar Seksi, Ibu Ingatkan Anya Geraldine Seksa Kubur
Bintang drama bersiri Layangan Putus, Anya Geraldine mengakui sering diingatkan oleh ibunya tentang seksa kubur.
Hal itu terdorong apabila Anya, 26, kerap memuat naik foto seksi di media sosialnya.
Apatah lagi ibunya merupakan seorang individu yang taat pada agama.
"Begini, ibu saya antara individu yang mengikuti akaun Instagram saya. Jadi, saya tak sampai hati nak menyekat akaun dia dan pastinya dia lihat apa juga yang saya kongsikan.
"Ibu saya juga bertudung, sangat taat pada agama Islam. Kalau contohnya saya balik dari Bali dan ada berkongsi foto bikini atau apa, dia selalu WhatsApp saya.
"Apa-apa hal dia lebih suka bersembang di WhatsApp. Antaranya, dia suka menghantar pesanan tentang seksa kubur dan kadang-kadang ada video ceramah Ustaz Khalid Basalamah. Apa-apa saja dia akan forward saja," katanya seperti ditemubual oleh Keanu Agl dalam saluran YouTube Waw Entertainment.
Tak hanya Anya, malah Keanu Agl turut diberikan pesan khas oleh ibunya apabila melihat perkongsian di Instagramnya.
"Kalau saya bercerita fasal anjing di Instagram Story, ibu akan suruh saya istighfar, jaga nama baik keluarga saya," kongsi Keanu Agl.
undefined
Nama Anya Geraldine menjadi sebutan ramai selepas berjaya membawakan watak antagonis dalam drama bersiri Layangan Putus bergandingan dengan Reza Rahadian.
Sumber: TikTok Heytoomy