Laman Utama

Elak Kena ‘Terkam’ Haters, Pemain Watak Lydia di Layangan Putus Terpaksa Menyamar

gempak
Maliah Surip
06/01/2022
14:15 MYT
Sponsor Banner
Elak Kena ‘Terkam’ Haters, Pemain Watak Lydia di Layangan Putus Terpaksa Menyamar
Drama bersiri Layangan Putus kini merupakan salah sebuah nakshah yang menjadi buah mulut dalam kalangan penonton di Indonesia.
Diangkat dari kisah benar yang sempat viral sebelum ini, Layangan Putus yang juga telah dihasilkan dalam bentuk novel kini menemui penonton sejak 26 November 2021 lalu.
Selain nama aktor Reza Rahadian (Aris) sering menjadi percakapan, salah seorang pelakon wanitanya iaitu Anya Geraldine yang membawa watak Lydia Danira juga sering membuat penonton geram.
Hal itu lantaran Lydia merupakan orang ketiga dalam rumah tangga Aris dan Kinan.
Sedar dirinya dibenci, Anya menyatakan terpaksa ‘menyamar’ sewaktu keluar rumah demi mengelak dari diserbu oleh peminat yang tidak menyukai lakonannya dalam drama tersebut.
Anya memuat foto dirinya yang memakai pelitup muka dan hoodie bagi mengelak diserbu haters.
“Jika jalan jalan sekarang, saya kena begini saja ya. Biar tidak dicubit haters Lydia Danira,” tulisnya di akaun Instagram.
Sebelum ini, beberapa babak dalam Layangan Putus sempat viral dan menjadi parodi lantaran keberkesanan lakonan setiap pemainnya.
Malah ada peminat yang marah dengan watak Aris kerana menyebabkan para isteri penuh syak wasangka kepada suami masing masing.
Instagram: @anyageraldine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024