Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Seronok Bekerjasama
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, dirinya mula mengenali Leona itu selepas sama-sama terbabit dalam program realiti TV, Buka Kedai yang berkonsepkan berniaga makanan di Jepun.
"Seronok bekerja dengan Leona untuk program itu (Buka Kedai) walaupun pada mulanya saya tidak mengenali dia secara rapat. Tapi, dia seorang yang sangat baik dan kita boleh jadi kawan di set penggambaran itu.
"Dia juga kelakar, manja dan seorang budak perempuan yang bijak. Dia bukan budak biasa-biasa dan budak 'bimbo'. Dia tahu apa diinginkannya dan senang bekerja dengan Leona ini sebab orangnya boleh 'masuk air' dan gila-gila," katanya ketika ditemui Gempak.
BERITA TRENDING: Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"
BERITA TRENDING: Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”
BERITA TRENDING: Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."
BERITA TRENDING: Isu Dakwaan Rampas Kekasih Leona Masih Dipersoal Umum, Cupcake Aisyah Mohon Semua Move On
Dalam perkembangan terkini, Nabila bakal membintangi filem Gayong yang dijangka bakal ditayangkan pada Mei 2025.