Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

Mya Amri 21/11/2024 | 05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.

Mohon maaf, burn out lepas jadi ibu tunggal

Perkara itu berlaku susulan syarikat ejen pelancongan miliknya didakwa memberikan perkhidmatan yang teruk.
Malah dakwaan itu dilakukan oleh beberapa pelancong yang pernah mengambil pakej travel ke Korea Selatan di bawah syarikatnya.
Menyedari kritikan tersebut, Kim Seri bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi kenyataan dimuat naik di TikTok miliknya.
Menurut Kim Seri, dia mengakui apa yang berlaku adalah disebabkan kelemahan daripada pihak pengurusan syarikatnya.

“Salam semua. Saya Kim Seri dengan ini mengakui sememangnya ada banyak kelemahan di bahagian pengurusan.

“Setelah menjadi ibu tunggal yang menguruskan segalanya, saya agak burn out, kekurangan masa dan terkejar-kejar menguruskan segala-galanya hingga mengabaikan banyak hal.
“Saya akui saya gagal dalam pengurusan syarikat, pengurusan perniagaan dan lain-lain.
“Saya merendahkan diri memohon maaf di atas segala kekurangan dan review yang buruk atas
bahagian pengurusan kami,” tulisnya.

Janji perbaiki kelemahan

Dalam pada itu, Kim Seri juga memohon sedikit waktu selain berjanji akan memperbaiki segala kelemahan di pihaknya.
“Saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan pengurusan kedai makan, travel, dan segala perniagaan yang berada di bawah saya.

“Berikan saya sedikit masa untuk memulihkan kembali segala kekurangan dan kelemahan tersebut dengan segala kekuatan yang masih bersisa.

“Terima kasih atas segala kritikan membina. Mohon maaf lagi sekali atas kekurangan yang ada. Ikhlas dipinta dari hati yang paling dalam buat insan-insan yang terluka.
“Saya juga insan yang lemah dan tak sempurna. Mohon beri ruang dan masa perbaiki segalanya,” mohonnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kim Seri Dikritik, Dianggap Ceroboh Privasi Sebab Kongsi Video Kawasan Rumah Suga & Jungkook BTS

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rakyat Malaysia Dihalang Masuk Korea Selatan, Netizen Salahkan Geng Guna Pas Pelancong Kerja Haram - "Puncanya Kita Sendiri ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Ikut Cara Pengguna Facebook, Barang Makanan Yang Dibawa Khairul Aming Ke New Zealand Tak Dirampas - “Benda Ini Sangat Membantu”

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Harumkan Nama Malaysia Di Korea Selatan! - "Saya Terharu Ada Sanggup Travel Jauh Untuk Tengok Saya Live"

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Pesan Travel Overseas Untuk Nikmati Keindahan, Bukan Untuk Riyak; “Jangan Puas Dengan Likes & Views”

Terdahulu, Kim Seri mula dikenali selepas dia banyak berkongsi pengalamannya menyambung pelajaran di Korea Selatan di TikTok miliknya.
Malah dia juga berjaya membuka sebuah restoran yang kini semakin dikenali dalam kalangan anak Melayu yang bercuti di Korea iaitu Kimseri Restaurant yang terletak di Myeondong, Seoul sejak September tahun lalu.
#Viral #Korea #Travel #Tular #Kim Seri
;