Laman Utama

“Setakat RM8 Hang Ni Aku Tak Heran” - Peniaga Biadab, Campak Duit Pada Pelanggan

Izwan Isa
14/09/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Setakat RM8 Hang Ni Aku Tak Heran” - Peniaga Biadab, Campak Duit Pada Pelanggan
Pemilik sebuah gerai makanan yang terletak di Kuala Perlis menuai kritikan netizen apabila tanpa berselindung menunjukkan sikap biadab terhadap pelanggan.
Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh pelanggan yang terlibat, difahamkan peniaga tersebut telah mula menunjukkan sifat biadab ketika salah seorang daripada rakannya mahu bertanya tentang penukaran menu yang telah dipesan kepada wanita itu.
“Video ni Farah sendiri yang kena. Farah dan kawan-kawan makan kat kedai ni, kemudian dah order semua tapi ada yang nak tukar order. Selepas itu, pergi tanya owner then dia cakap kat pekerja dia, ‘Hang layan sat depa ni, banyak tanya sangat’.
“Kawan saya cerita lah tadi. Farah dengar sahaja tapi tengok lah dia layan customer macam mana dan memang sangat rude,” tulisnya di media sosial.
Farah kemudian pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran menerusi bank transfer. Bayaran yang dibuat oleh Farah adalah berjumlah RM8 dan Farah kemudian menunjukkan resit bayaran kepada pemilik kedai berkenaan. Namun, wanita berkenaan tidak memandang ke arahnya.
“Kemudian saya cakap, ‘Lain kali layan customer elok-elok na’, (secara sopan) dan dia terus mengamuk terpekik bagi semua orang tengok,” katanya.
Selepas itu, Farah dan rakan-rakan beredar ke meja makan dan peniaga tersebut datang lalu mencampakkan wang ke arahnya.
“Sebab tu dia datang balik dan campak duit tu kemudian cakap, ‘Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang. Setakat RM8 hang ni aku tak heran lah, customer aku ramai lagi. Hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam.
“Masa kedai meja makan tu saya duduk membelakangkan dia dah pun dan dia siap nak baling selipar pada saya. Dia ambil gambar saya dan cakap nak viralkan saya juga,” katanya.
Menerusi balasan yang ditinggalkan oleh pelanggan yang pernah singgah di gerai itu, rata-rata memberikan respons negatif.
Selain itu, saksi lain kejadian turut memberitahu yang pelanggan yang telah duduk di empat meja bangun tidak jadi untuk menikmati selera di gerai berkenaan selepas menyaksikan kejadian tersebut.
BACA: #FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Peniaga Jual Telur Dadar Harga RM13​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar