Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Setiap 5, 10 Minit Call Papa Mummy…” – Anak Buat Spotcheck, Memey & Norman Kantoi Keluar Berdua

Mya Amri 23/04/2019 | 09:50 MYT
Pelakon, Memey Suhaiza akui dia dan suaminya, Norman Hakim lebih gemar menghabiskan masa bersama anak-anak.
Namun lain pula jadinya apabila Memey membuat cubaan untuk meluangkan masa berdua bersama suaminya.
Menerusi akaun Instagramnya Memey memberitahu dia berjaya keluar bersama Norman namun terganggu apabila anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, menghubungi mereka setiap 10 minit.
“Lama tak keluar berdua. Hari-hari keluar je sesama tapi kita orang sejenis yang suka berangkut anak. Suka meriah-meriah.
“So tadi suami cakap cuba try kita berdua jer… Berjaya… Tapiiiiiii... @awishzarisz call mummy papa punyalah banyak kali.
“Siap buat spotcheck mintak video call… Setiap 5-10 minit dia call papa mummy. Nasib Mikayla kecik lagi. Kalau Mikayla dah pandai, siap Mikayla pun call tanya mummy kat mana,” tulisnya.

Lama tak keluar ber2? Hari2 keluar je sesama tapi kita org sejenis yg suka berangkut anak? Suka meriah2.. So td suami ckp cuba try kita ber 2 jer.. Berjaya.., Tapiiiiiii... @awishzarisz call mummy papa punyalah banyak kali? Siap buat spotcheck mintak video call..? Setiap 5-10 minit dia call papa mummy .. Nasib mikayla kecik lagi.. klu mikayla dah pandai.. siap mikayla pun call tanya mummy kat mana?? Siapa yg mcm tu juga.. klu tak bawa anak dia org akn call byk kali?

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga menceritakan pengalaman yang sama selain geli hati dengan gelagat Darwisz.
“Hahaha kita sama sekejap-sekejap dapat video call... Asyik kena spotcheck. Kena buat laporan selang beberapa minit. Hahaha,” komen @erinshahriah183
“Sama la dengan saya, ada hati nak keluar berdua… Tapi call anak berkali… Kejap anak call pas tu. Mamanya lak call anak. Simtom mak-mak memang macam tu,” tulis @juliana_juhari
Terdahulu, Memey dan Norman berkahwin pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim, 8 bulan.
Sebelum ini, Norman juga mempunyai tiga cahaya mata lain, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11 hasil perkahwinannya dengan pelakon, Abby Abadi.
Foto: Instagram @memeysuhaiza
#pelakon #Pelakon #Memey Suhaiza #Norman Hakim
;