Bollywood

Shah Rukh Khan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok Haba!

Amri Hassan
22/05/2024
13:50 MYT
Sponsor Banner
Shah Rukh Khan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok Haba!
Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad pada Selasa akibat dihidrasi.
Memetik laporan media antarabangsa, Shah Rukh Khan berada di Ahmedabad sejak beberapa hari lalu untuk perlawanan Indian Premier League (IPL).
Selesai perlawanan, SRK tiba di Narmada Hotel bersama pasukan namun keadaannya semakin teruk pada sebelah keesokan paginya sebelum dikejarkan ke hospital pada tengahari.

Strok haba

Difahamkan, SRK diserang strok haba disebabkan cuaca yang panas melampau.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, King of Bollywood itu telah dibenarkan keluar dari hospital.
Keadaannya kini stabil dan bintang global itu dinasihati untuk mendapatkan rehat secukupnya.
Ahmedabad antara kawasan di India yang mencatatkan suhu panas sehingga 45 darjah selsius di bandar utamanya, Gujarat.

BERITA TRENDING: 6 Langkah Mengatasi Gelombang Kepanasan & Strok Haba… No. 5 Tu Paling Penting Guys!

Sumber: India Today
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar