Laman Utama

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”

Maliah Surip
20/03/2023
10:00 MYT
Sponsor Banner
Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Aktor Shaheizy Sam mengaku tidak suka untuk sembarangan memberi komen terhadap kontroversi seperti kemelut rumah tangga yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Menurut bintang francais Polis Evo yang siri ketiga filem ini akan ditayangkan selepas Aidilfitri depan, dia memilih untuk diam kerana berasa tidak mustahil kata-kata atau pendapat yang pernah dilontarkannya akan ‘berpatah balik’ kepada dirinya dan keluarga.
“Saya sebenarnya takut mahu bersuara tentang kontroversi kerana tak mustahil ia akan berpatah balik kepada diri sendiri.
“Allah bayar cash dan saya memang jarang beri komen kerana saya percaya kifarah.
“Cuma pada pendapat peribadi saya, segala hal berkaitan rumah tangga, kalau boleh jangan dikongsi dalam media sosial. Kongsi apa yang orang mahu tengok saja.
“Selebihnya, simpan untuk diri sendiri,” ujar Sam kepada Gempak.
Tambah Sam lagi, kerana itu kebanyakan konten dia dan isterinya, Syatilla Melvin di media sosial tidak ‘membuka’ kisah peribadi rumah tangga mereka sebaliknya hanya sesuatu yang dirasakan akan digemari netizen.
“Jika peminat atau netizen yang mengikuti media sosial saya dan isteri, mereka pastu tahu konten kami kebanyakannya langsung tidak menyentuh hal peribadi atau boleh membuka ruang kepada mereka, tetapi konten yang dikongsikan adalah mengikut apa yang mereka gemar,” katanya lagi.
Sam dan Tilla berkahwin pada 2016 dan kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki dan dua orang anak perempuan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar