gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Sebenarnya Saya Sangat Terkejut Dengan…” - Fazura
HIBURAN
Hael Husaini Dah Ada ‘Plan’ Lebarkan Sayap Ke Indonesia - “Antara Projek Yang Dirancang Ialah…”
HIBURAN
Alpha Sedia Gegar Zepp KL, Janji Beri Kejutan Untuk Peminat Di Konsert Hael Husaini - “Kami Semua Dah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Alpha Sedia Gegar Zepp KL, Janji Beri Kejutan Untuk Peminat Di Konsert Hael Husaini - “Kami Semua Dah…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/08/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Alpha Sedia Gegar Zepp KL, Janji Beri Kejutan Untuk Peminat Di Konsert Hael Husaini - “Kami Semua Dah…”

Kumpulan Alpha, akui teruja untuk membuat persembahan pertama mereka di konsert "Hael Husaini & Repertoire" pada 8 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Mewakili Alpha, Araff berkongsi mereka telah bersedia dan telah mencapai 60 peratus persiapan untuk konsert berkenaan.
“Alhamdulillah, kami semua dah capai 60 peratus persiapan untuk menuju ke konsert dan meskipun semua orang tahu Along (Daniel Sher) tidak bersama kami untuk satu tempoh tapi dia tetap berlatih untuk memantapkan lagi persiapan kami,” katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut mengenai persiapan, kumpulan yang dianggotai Ariel Fesol, Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ray-D, Araff dan Sky itu akan menjalani satu latihan intensif bagi memperkemaskan persembahan mereka di pentas itu kelak.
“Saya rasa dari segi persiapan kami sudah memulakan latihan semasa menjalani pengambaran Alpha Dreams Unlocked. Kami ada berlatih untuk lagu Bujang dan kami juga baru dapat guide song untuk Lara.
“Buat masa sekarang kami berlatih sendiri-sendiri dahulu namun akan ada satu latihan intensif untuk kami semua nanti,” kongsi Ariel Fesol.
Dalam pada itu, Ray-D juga berkongsi akan ada kejutan yang menanti peminat-peminat yang hadir pada malam penuh bersejarah tersebut.
“Kejutan sudah pasti akan ada tapi untuk koreografi kami kekalkan yang sama untuk memudahkan semua orang,” tambah Ray-D.
Terdahulu, penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengumumkan bintang Big Stage Alpha (BSA) yang baharu sahaja debut sebagai ALPHA akan bersama-sama memeriahkan konsert sulungnya iaitu "Hael Husaini & Repertoire".Menurut pelantun lagu Jampi itu, dia memilih untuk menjemput mereka sebagai satu tanda sokongan kepada bakat baharu yang dilihat mempunyai potensi besar dalam industri muzik tempatan.
Selain Alpha, pentas itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Dayang Nurfaizah, Nadeera Zaini, Nabila Razali, Wany Hasrita.
Topic Berkaitan
#Zepp KL
#Alpha
#Konsert Hael Husaini
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement