Hiburan
Sharif Imbau Detik Hitam Atu Zero, Lari Ke KL & Jadi Gelandangan - “Dulu Aku Tengok Dia Macam Tiada Harapan”
Pelawak Sharif Zero mengimbas semula insiden hitam yang pernah terjadi dalam kehidupan adiknya yang juga pelawak Atu.
Lari ke KL
Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur (KL) dan menjalani kehidupan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.
"Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.
"Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Dari Rambutnya Aja, Banyak Bercanda Ya" - Netizen Indonesia Suka, Terhibur Tengok Atu Main Badminton
ARTIKEL BERKAITAN: KISAH ATU MENGINAP HOTEL 'AYAM' BERSAMA KELUARGA | BORAK DULU BARU KAMU
"Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah,” kongsinya.
Sharif berkongsi mengenai perkara itu menerusi podcast Raja Lawak Podcast yang disiarkan di saluran YouTube Inspirasi MY.
Salah pilih kawan
Pada perkongsian yang sama, Sharif memberitahu Atu juga pernah hampir terjerumus dengan gelaja dadah disebabkan tersalah langkah dalam memilih kawan.
"Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.
"Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit.
"Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu,” ujarnya.