Hiburan
Sharifah Sakinah Bangga Dengan Muka Melayu - “Saya Tidak Akan Ubah Wajah Yang…”
Pelakon, Sharifah Sakinah akui banyak menerima tawaran untuk melakukan pembedahan kantung mata (eye bags).
Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan telefilem, Girlfriend Aku Dari Neraka itu menolak tawaran tersebut dan menegaskan bahawa tidak akan mengubah wajahnya hanya untuk kepuasan orang lain.
“Saya tidak akan ubah wajah yang Allah dah berikan kepada saya, meskipun mahu mengubahnya saya tidak mungkin mengubah untuk orang melainkan untuk kepuasan diri sendiri.
“Walaupun muka saya begini saya tetap perform dalam lakonan. Ini adalah tubuh badan saya jadi saya tidak mahu untuk ubah apa-apa buat masa ini saya bukan ke arah untuk mendengar cakap masyarakat untuk mengubah muka,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,36, juga menyatakan bahawa dia mempunyai prinsipnya sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
“Saya tidak rasa kantung mata itu menganggu kecantikan saya, sebab cantik itu subjektif.
“Muka saya adalah muka melayu, muka keluarga saya jadi saya tak nak ubah apa-apa.
Meskipun anda lihat saya begini tapi saya mempunyai prinsip saya sendiri.
“Tapi macam saya cakap sekiranya saya mahu tukar sekali pun ianya adalah untuk saya dan bukan untuk orang lain,” katanya kepada Gempak.
Sharifah Sakinah ditemui Gempak ketika menghadiri Curang Tanpa Niat ‘Watch Party’ bersama peminat di Le Meredien, Putrajaya pada Khamis.
Selain Sakinah turut menghadiri majlis tersebut adalah Mira Filzah, Syukri Yahya, Fadlan Hazim dan Everts Gomez.
Terdahulu, tular komen daripada warganet yang mahu menawarkan Sakinah untuk melakukan pembedahan kantung mata susulan fenomena watak Astrid yang dijayakannya kian mendapat perhatian ramai.
Must-Watch Video