Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan

Izwan Isa 28/03/2024 | 08:55 MYT

Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.

Menerusi foto yang dimuat naik di TikTok yang dipercayai milik itu Daniela, tertera kapsyen yang berbunyi: “I love you @sharulaimy”.
Selain itu, Sharul Aimy turut dilihat meninggalkan tanda suka pada salah satu gambar di akaun Instagram Daniela.

Tidak bercinta

Pengurusan Sharul Aimy ketika dihubungi berkata, mereka memang rapat memandangkan kedua-dua sedang berlatih di Jepun.

“Being an athlete, mereka memang dalam circle mereka sahaja. Ambil gambar bersama itu perkara biasa. Jadi bila kawan dia tag, dia repost.
“Tetapi apa yang kami boleh katakan, bercinta itu tidak tetapi mereka rapat,” kata pihak pengurusan Sharul Aimy kepada Gempak.
Dalam masa sama, pihak pengurusan turut memahami keadaan Sharul Aimy yang kini berseorang di negara orang dan memerlukan teman ketika berada di sana.

Rapat

“Sebagai pihak pengurusan, kita faham sebab dia berlatih di negara orang. Dia kena ada orang yang looking out for each other. Dia juga kena adapt. Walaupun dia tidak berapa selesa, dia kena adapt. Kalau tidak nanti dia tak ada kawan.

“Kebetulan gimnas ini rapat dengan dia. Kita ok, selagi dia jaga batas,” kongsi pengurusannya lagi.
Selain itu, Sharul turut maklum mengenai gosip yang bertebaran di media sosial mengenai dirinya dengan gimnas berkenaan.
“Dia tahu, cuma dia tidak boleh beri sebarang kenyataan sekarang memandangkan dia sibuk. Bagi Sharul, perkara ini berlaku sebab orang ambil berat tentang dirinya,” tutup pihak pengurusannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Sombong & Tak Layan Peminat Secara Sama Rata, Ini Respons Sharul Aimy

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…

#Jepun #Gimnas #Rapat #Sharul Aimy #Daniela Dela Pisa #Tidak Bercinta
;