Laman Utama

Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin - “Saya Sayang & Masih Anggap Dia Adik”

Asyikin Mayudin
11/08/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin - “Saya Sayang & Masih Anggap Dia Adik”
Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad akhirnya membuka mulut mengenai desas-desus mengatakan hubungan persahabatan dia dengan aktres Nad Zainal sudah berakhir.
Mengakui kali terakhir berhubung sebelum aktres itu berkahwin, Sherry bagaimanapun memberitahu dia masih menganggap Nad sebagai adik biarpun sibuk dengan kehidupan masing-masing.
"Saya ada menghubunginya sebelum dia berkahwin, cuma sekarang ini saya sibuk... Nad pun sama dengan berniaga lagi, jadi kami memang tak sempat nak berhubung.
“Masing-masing sekarang dah ada tanggungjawab, dah ada kebahagian. Saya dengan tugas saya, dia pun dengan tugas dia. Tapi saya sentiasa mendoakan dari jauh, kesejahteraan, kesihatan dan kebahagian dia.
“Saya kenal dia sejak umur dia 17 tahun. Dia tak ada hubungi saya dan saya pun tak sempat nak jumpa dia. Tali silaturahim itu masih ada. Pada saya, saya masih lagi berkawan dan sayang dengan dia.
“Saya masih anggap dia adik saya, saya juga pernah jadi guru dia dulu. Saya tak pernah putus doakan yang terbaik untuk dia,” kata Sherry kepada Gempak.
Sherry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, Sherry memaklumkan dia sentiasa menghubungi ibu bapa Nad untuk bertanyakan keadaan aktres tersebut yang bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi.
“Saya masih berhubung dengan ibu bapa dia untuk bertanyakan keadaan dia sekarang dan saya pun gembira dia dah temui kebahagian… dia pun bakal menimang cahaya mata baru nanti.
“Berkat doa dan usaha kawan-kawan membantu ketika dia memerlukan itu, saya rasa bersyukur. Sebagai seorang sahabat, itulah tugas kita.
“Maksudnya kita bukan hidup dalam keadaan senang saja. Kalau susah pun, apa yang kita boleh bantu,” ujarnya.
Pada November tahun lalu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Susulan keadaannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.
BACA SINI: Nad Zainal Tegur Peniaga Online, Reka Cerita Untuk Lariskan Perniagaan - “Jaranglah Saya Nak Buka Mulut Canang…”
BACA SINI: Sherry Alhadad Kongsi Kutipan Sumbangan Mencecah Hampir RM44,000 - “Ia Telah Disalurkan Ke Akaun Bapa Nad Zainal Untuk…”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar