Laman Utama

Nad Zainal Tegur Peniaga Online, Reka Cerita Untuk Lariskan Perniagaan - “Jaranglah Saya Nak Buka Mulut Canang…”

gempak
Asyikin Mayudin
06/07/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
Nad Zainal Tegur Peniaga Online, Reka Cerita Untuk Lariskan Perniagaan - “Jaranglah Saya Nak Buka Mulut Canang…”
Pelakon Nad Zainal menegur tindakan seorang peniaga atas talian yang menggunakan kisah rumah tangganya dengan mereka cerita untuk melariskan perniagaan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nad berkata peniaga tersebut telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa aktres itu sudah tidak selesa hidup bersama suaminya, Ungku Ismail.
“Kot iya pun nak jual barang dekat Sho***, tak perlulah tulis macam ini (fitnah), dah netizen percaya. Ke ada Nad Zainal lain? Sebab Nad Zainal yang ini, yang tulen.
“Jaranglah saya nak buka mulut canang kisah rumah tangga. Baru kes Freemason habis, nampaknya sahaja (kelakuan memfitnah). Penat saya tekan link, bagi link, rupanya suruh shopping, semoga bertaubat,” katanya.
Justeru pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkata dia enggan mengambil pusing berkenaan hal tersebut kerana tidak mahu emosinya terganggu.
“Saya ada 21 babak hari ini, saya nak jaga mood di set pengambaran. Jangan suka buat kelakar di media sosial ya. Nanti ramai yang lurus percaya ya,” ujarnya.
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan aktres itu mempunyai dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 hasil perkahwinan dengan bekas suami, Muhammad Faliq.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nad Zainal Minta Nasihat Nurul Izzah Cara Hadapi Kecaman - “Untuk Mereka Yang Dikecam & Mengecam…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Aku Rasa Bibir Aku Dah Keras Senyum"- Dikecam 'Kekwat' Nad Zainal Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024