Hiburan

Shuhada Makin Kurus, Netizen Puji Tapi Nasihat - “Kalau Pakai Longgar Lagi Cantik, Jangan Jadi Mangsa Fesyen”

Gempak
08/01/2024
03:56 MYT
Sponsor Banner
Shuhada Makin Kurus, Netizen Puji Tapi Nasihat - “Kalau Pakai Longgar Lagi Cantik, Jangan Jadi Mangsa Fesyen”
Penampilan terbaharu bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kini menjadi perhatian netizen.
Berbeza dengan sebelum ini, Shuhada kelihatan lebih cantik selepas mengalami penurunan berat badan dan juga semakin pandai bergaya.
Bagaimanapun menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik, netizen nampaknya sedikit terganggu dengan pakaian digayakan Shuhada dalam video pendek tersebut.
Walaupun netizen memuji kecantikan Shuhada namun dalam masa yang sama mereka juga menasihati Shuhada agar tidak menjadi mangsa fesyen.
Netizen berpendapat seluar skinny berwarna hitam yang digayakan oleh Shuhada itu kuranh sesuai dengan penampilannya sebagai wanita bertudung kerana menampakkan bentuk peha dan juga kakinya.
Antara komen yang diterima:
“Kurus dah Shu, tapi rasanya macam lagi elok pakai x melekat. Cantik je pakai loose kalau dah kurus, nanti nampak terletak flowy ja gitu,”
“Maaf lah, ni kalau Madammu tengok fashion macam ni kena kutuk nanti,”
“Shu dah cantik dah tapi jangan jadi manga fesyen,”
“Dah kurus dah Shu… Tapi tak sesuai lah seluar tu. Okay je kalau pakai yang longgar sikit. Nampak elegant,”
Selain pakaian, Shuhada sebelum ini pernah terpalit dengan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya menjual produk makanan dengan harga tidak masuk akal.
Shuhada bagaimanapun memaklumkan harga tersebut bersesuaian dengan bahan-bahan premium yang digunakan untuk membuat biskut jenama Shelup Shelup itu.

BERITA TRENDING: “Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7 dan Umar, 3.
Bagaimanapun Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari 2023.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar